Dalam banyak-banyak pemain import yang menjalani trial bersama pasukan Sabah kendalian Jelius Ating, hanya terdapat seorang sahaja setakat ini yang sedikit menarik perhatian panel pemilih. Pemain tersebut ialah Park Taesu, seorang pemain pertahanan Centre Back yang berasal dari Korea Selatan. Pemain ini dipanggil semula oleh Jelius Ating selepas menjalani trial pada 2-4 Januari lalu bersama-sama dengan 3 pemain dari Brazil dan seorang daripada Maghribi. Beliau turut kelihatan menjalani latihan bersama skuad Sabah di UMS kemarin (20 Januari) bersama seorang lagi pemain import yang masih mempunyai kontrak bersama Sabah daripada Serbia iaitu Rodoljub Paunovic. [caption id="attachment_1782" align="aligncenter" width="720"] Aksi Park Taesu ketika sesi latihan kemarin (20 Jan) di Padang Sintetik, Kompleks Sukan UMS.[/caption] Selepas pemergian Park Taesu dari Kota Kinabalu pada 4 Jan, para panel pemilih masih belum dapat mengenal pasti pemain pertah...
All about The Rhinos (Sabah Football Club). News, analysis, commentary etc.